Friday, June 26, 2009

See You Di IPT Part 1

See You Di IPT Part 2

See You Di IPT Part 3

See You Di IPT Part 4

Thursday, June 25, 2009

See You Di IPT Part 5

See You Di IPT Part 6

See You Di IPT Part 7

see you di ipt part 8


selamat menonton

Friday, June 19, 2009

kenangan kami





kenangan kami





Posted by Picasa

kenangan kami






semangat sekuat asadullah


Dalam ramai umat yang gugur,
satu jasad tubuhnya hancur,

Kepiluan beratapan,
Menangisi satu kehilangan.


Dan setelah dikenal pasti,
dia Hamzah perisai nabi,
Biar nyawa dikorbankan,
Agar Islam tetap terselamat.

Saidina Hamzah asadullah,
Dikaulah perisai Rasulullah
Berjuang berkorban demi Allah


Kemalasan tersentap bila terdengar bait kata lirik lagu Inteam Album Inteam yang terbaru yang bertajuk Hamzah Asadullah. Bukti bahawa bukan semua lagu nasyid bertemakan cinta semata, jangan berfikir tipikal lagi, dan jadikan alasan bahawa lagu nasyid itu kelas kedua.

Saidina Hamzah mempunyai tempat yang tinggi dikalangan pembesar Quraisy, beliau cekap bermain kuda, memanah,bermain pedang dan lembing. Merupakan sahabat dan bapa saudara yang disayangi Rasulullah saw.

Ketika Rasulullah saw memulakan dakwah Islam secara terbuka, Hamzah melihat perjuangan anak saudaranya dengan rasa hormat,dan tidak serta merta masuk Islam. Beliau berbelah bahagi antara ajaran nenek moyangnya dan agama yang dibawa oleh Rasulullah. Walaubagaimanapun beliau sentiasa berazam untuk melindungi Rasulullah dari usaha kaum Quraisy menyakiti baginda.

Sehingga suatu hari mendengarkan cerita bahawa Abu Jahal telah mencederakan Rasulullah dan mencurahkan tanah di kepala baginda. Hamzah pergi bertemu Abu Jahal lalu melepaskan panah ke muka Abu Jahal. Abu Jahal hairan melihat Hamzah menyokong baginda.

"Wahai Abu Jahal, mulai saat ini, aku menganut agama Muhammad, Aku memeluk Islam!"
Saidina Hamzah berkata dengan lantang walaupun beliau tahu sesiapa yang memeluk agama Islam akan disiksa pembesar Quraisy.

Pengislaman Hamzah telah menjadi satu kerugian besar buat kaum Quraisy, seperti mana Umar memeluk Islam diawal dakwah Rasulullah. Beliau menjadi pendukung dakwah Rasulullah. dalam berdakwah secara terangan,Umar berjalan di hadapan, Hamzah berjalan di belakang.

Pada Perang Badar, Hamzah mengetuai barisan hadapan, semangatnya tinggi dengan keazaman kerana Allah. Merobek dan memancung dada musuhnya dengan garang dan seperti Singa. Kemenangan berpihak pada Islam. Rasulullah kemudian mendoakan Hamzah dengan sabdanya,
"Sesungguhnya engkau adalah singa Allah dan singa Rasul-Nya"

Kesedihan Rasulullah dengan kematian Hamzah ketika Perang Uhud, samalah kesedihannya ketika sepeninggalan Khadijah, isteri baginda.

Tiap perintah mengandung hikmah, keingkaran kan mengundang padah. Arahan untuk tetap pada tempat selepas berperang tidak diendahkan oleh tentera Islam kerana sibuk untuk mengutip harta rampasan perang. Lalu Hamzah berteriak dan kembali bangkit menyerang musuh-musuh dihadapannya. Lalu dibunuh oleh orang suruhan Hindun, isteri pembesar Quraisy yang begitu membenci Hamzah kerana membunuh bapa saudara dan ayahnya di perang Badar. Orang suruhan itu namanya Wasyi. Pembunuh Hamzah.

Hindun memang kejam.

Sudahkah puas hatimu Hindun,
Dapat melapah hati dan jantung,
Terbalaskan dendam kesumat,

Yang sekian lama tersemat.

"Hulurkan kepadaku jenazah Hamzah"
Rasulullah menyembahyangkan jenazah Hamzah 70 kali kerana jenazah Saidina Hamzah tidak dialihkan sehingga selesai solat jenazah untuk 70 syuhada untuk perang Uhud.

Perasaan kecewa dan marah Rasulullah terhadap kaum Quraisy telah menyebabkan Allah swt menurunkan ayat Al Imran, 139-140

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang yang beriman."

"Jika kamu (pada perang Uhud) mendapat luka, sesungguhnya, kaum (kafir) itupun (pada Perang Badar) mendapat luka yang serupa. Dan masa (kejayaan dan kehancuran) itu kami pergilirkan diantara manusia (agar mereka mendapat pelajaran); dan supaya Allah membezakan orang-orang yang beriman (dengan orang-orang Kafir) supaya sebahagian kamu dijadikan-Nya, (gugur sebagai ) syuhada,dan Allah tidak menyukai orang-orang yang zalim,"

Kisah Saidina Hamzah menjadi contoh, semoga kita semua dikurniakan semangat sekuat Asadullah, dan kesabaran yang bukan setakat di bibir. Semoga ia bertahan bukan sahaja untuk peperiksaan, tapi juga sebagai pertahanan sebagai khalifah di muka dunia.

p/s: akhi yus memberi info bahawa
sejarah tentang Hindun melapah jantung Saidina Hamzah adalah riwayat yang direka2. Perkara ini tidak pernah diceritakan oleh mana-mana periwayat Hadith, misalnya Imam Bukhari dalam sahihnya. Malahan Wahsyi yang membunuh Saidina Hamzah pun tidak menceritakan perkara sebegitu. Cerita ini hanya adalah dalam riwayat Ibnu Hisyam yang diambil dari Ibnu Ishak. Dan periwayatan mereka terhadap sirah ini tidak bersandarkan hadith yang sahih.

wallahualam.

Posted by Picasa

kenangan kami





Posted by Picasa

kenangan kami




kenangan kami





bersama teman-teman harungi kehidupaan....
indahnya...



kenangan kami





Posted by Picasa

kenangan kami





Posted by Picasa

Wednesday, June 17, 2009

lapangkan fikiran




madah pujangga



kata-kata buat keyakinan



kata-kata buat keyakinan




kartun islamic..



Posted by Picasa