Showing posts with label cerita hamba. Show all posts
Showing posts with label cerita hamba. Show all posts

Friday, March 19, 2010

Kisah Berhutang 5 Sen




Ustaz Halim (bukan nama sebenar), telah diganggu dengan suatu mimpi yang dia sendiri tidak memahaminya. Berbulan bulan dia tidak lelap tidur kerana mimpi tersebut. Dia bermimpi datang seorang lelaki yang dalam keadaan yang amat terseksa dan melambai-lambaikan tangan kepadanya dengan berkata " tolong bebas kan aku". Setelah bersolat hajat, bertanya dengan orang-orang 'alim akhirnya dia telah bertanya dengan ibunya dimanakah kubur bapanya.
Ibunya bercerita, ketika berlaku serangan Jepun di Tanah Melayu, dia telah terpisah dengan suaminya. Hampir 40 tahun berlalu dia tidak pernah dengar langsung khabar berita. Maklumat yang diketahui ayahnya telah terbunuh ketika perang Jepun dahulu. Setelah berlalu beberapa bulan, Ustaz Halim tidak jemu-jemu bermunajat dan berdoa agar Allah memberikan petunjuk supaya dia dapat menyelesaikan mimpinya.


Mengikut orang-orang 'alim, orang yang memanggilnya didalam mimpi tersebut ialah roh ayahnya. Ustaz Halim sentiasa berdoa kepada Allah supaya mengampuni dosa ayahnya dan melepaskan siksaan yang diderita oleh ayahnya. Namun setelah dua tahun berlalu dia masih diganggu oleh mimpi tersebut lagi.


Masa berlalu, akhirnya dia dapat maklumat bahawa sebenarnya ayahnya baharu meninggal lebih kurang dua tahun yang lalu. Maklumat yang diterima, ayahnya adalah seorang yang berjaya dalam perniagaan dan telah banyak melakukan amal kebajikan untuk kebaikan Islam. Setelah terpisah ketika perang Jepun, arwah ayahnya telah berikthiar mencari isterinya namun tidak berjumpa. Ayahnya mendapat tahu isterinya telah meninggal dunia kemudian telah mendirikan rumahtangga dengan isteri kedua dan dikurniakan dengan lima orang anak perempuan.


Ustaz Halim telah pergi ke rumah ibu tirinya untuk mengetahui jika ayahnya dahulu ada meninggalkan apa-apa hutang yang belum selesai. Ibu tirinya dan adik-adik tirinya tidak memberikan kerjasama yang baik setelah mengetahui bahawa Ustaz Halim adalah juga waris kepada simati. Dia takut Ustaz Halim akan menuntut haknya daripada harta simati. Bagimanapun daripada peguam keluarga ayahnya memberitahu bahawa semua hutang simati telah dijelaskan dan tidak ada satu pun yang tinggal.


Ustaz Halim terus menyiasat, kepada semua kenalan arwah bapanya dan memohon semua kenalan bapanya jika ada salah dan silap ketika dia hidup harap diampunkan.


Masa berlalu, mimpi masih terus menganggu.


Suatu hari Ustaz Halim pergi semula kerumah ibu tirinya, menceritakan kepada ibu tirinya tentang mimpi yang dialaminya. Mimpi tersebut bermula setelah kematian ayahnya. Ibu tirinya merasakan tidak mungkin sebab arwah ayahnya adalah seorang yang taat beribadah dan rajin bersedekah. Suka menolong orang susah. Tidak pernah lambat menjelaskan zakat perniagaannya. Bagaimana dia boleh terseksa. Ibu tirinya berpendapat itu mungkin bukan arwah suaminya. Mungkin orang lain.


Setelah panjang lebar berbincang dengan ibu tirinya, dia pun mengambil keputusan untuk balik. Ketika keluar daripada rumah tersebut, dia bertemu dengan seorang lelaki. Lelaki tua tersebut bertanya ini kah rumah Datuk Azlan bin Affendi (bukan nama sebenar). Ustaz Halim menjawab betul. Dia ada dirumahkah? Tanya lelaki tua tersebut.


Kemudian tanpa banyak soal, ustaz Halim membawa orang tua tersebut ke kubur arwah ayahnya. Di dalam perjalanan, Ustaz Halim menceritakan segala-galanya dan orang tua tersebut menceritakan pula dia adalah sahabat karib kepada kawannya Azlan. Beberapa minggu yang lepas dia terbaca satu buku dan dibelakang buku tersebut ada biodata kawannya itu. Lalu dia terus datang ke KL untuk berjumpa dengannya.


Sebelum sampai ke kubur, mereka singgah sebentar minum di warung kopi. Ustaz Halim bertanya dengan orang tua tersebut. Pernahkan pakcik berselisih faham dengan ayah saya? Jawab orang tua tersebut, tidak pernah dan kalau adapun dia telah mengampunkan segala dosanya. Ustaz Halim terus bertanya berkenaan dengan hutang. Orang tua itu kata tidak pernah Azlan berhutang dengannya.


Mereka terus ke kubur dan berdoa. Selesai berdoa orang tua terebut teringat peristiwa sebelum mereka berpisah ketika perang Jepun. Ketika itu kami sedang minum kopi di warung. Azlan telah tergesa-gesa pulang dan meminta dia membayarkan duit minum kopi yang berharga 5 sen dahulu. Dia berjanji akan membayar balik. Kemudian Jepun menyerang kampung kami dan kami terus berpisah. Orang tua tersebut terus berdoa Ya Allah aku halalkan hutang lima sen yang kawan ku Azlan berhutang kepada ku.


Setelah hari itu, Ustaz Halim tidak lagi diganggu dengan mimpi tersebut lagi.


Ini adalah kisah benar (Nama sebenar dirahsiakan oleh penulis).


Moral cerita:- Renungilah hadith nabi berikut:


Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah bermaksud:


"Roh seorang mukmin yang berhutang jika hutangnyatidak dijelaskannya maka tergantung-gantunglah ia di antara langit dan bumi, yang bererti terseksalah roh itu hingga dibiarkan hutangnya itu"



Dari kisah ini, Datuk Azlan masih beruntung kerana dia mendapat anak yang soleh (Ustaz Halim). Dan dengan berkat anak yang soleh ini dia dapat mengadu kepada anaknya didalam mimpi kemudian terbebas ia dari hutang yang sangat kecil iaitu 5 sen dan telah dapat terbebas dari seksaan yang dahshat iaitu Roh teawang-awang diantara langit dan bumi.


Oleh itu, walaupun banyak amal ibadat kita, banyak sedekah kita, jika ada hutang yang tidak selesai walaupun satu sen pasti roh kita akan terseksa setelah kita mati.


Oleh itu, jika berhutang hendaklah ditulis dan beritahu kepada waris kita sebelum kita mati supaya waris kita dapat menyelesaikannya.

Seperti firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 282:


"Wahai orang mukmin, apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan cara berhutang (yang bertempoh) hingga ke ssuatu masa yang tertentu maka hendaklah kamu menulisnya (kadarnya dan tempohnya) dan hendaklah ada jurutulis yang menulisnya dengan adil dan benar, dan janganlah seorang penulis itu enggan menulis/mencatit sebagaimana Allah telah ajarkan. Oleh itu hendaklah penulis itu mengikut yang merencanakan oleh pihak yang terlibat dengan penuh rasa taqwa kepada Allah Tuhannya dan janganlah dia mengurangkan sesuatupun dari jumlah atau kadar dan tempoh masa berhutang itu dimulakan hingga selesai dibayarkan balik dengan sempurna."






Tuesday, January 19, 2010

bergurukan penaglaman.....

jadilah kamu seorang yang berbergurukan pengalaman kerana ia adalah guru yang paling memberi kamu pendidikkan kepadakamu dan janagnlah halang kata hatimu kerana ia adalah pembelajaran mu untuk melakukan sesuatu yang memberi sesuatu erti kapada kamu.. karana itu adalah punca bermulanya pendidikkanmu dengan guru mu yang bernama penhalaman... ia menjanjjikan kmu seribu pengalaman yang berguna untuk mu yang sering terlena dibawa arus hati mu yang gulana itu tiada apa disini yang hendak mengubah hati dan pegangan mu melainkan pengalaman mu yang menginginkanya...

Monday, January 11, 2010

apa itu hati??????


dalam jiwa kamu mempunyai sesuatu perasaaan yang mana ia akan memberitahu segala kehendak yang kamu misti harus ikuti..
tapi berwaspadalah dengan arahan dan tindak-tanduk nya itu...
kerana kemurkaan tuhan akan menguungdang jika kehendak jiwamu itu menyanggah hukumnya..
jaga lah ia jangan kau kotori dengan kotoran hina...jaga lah ia jangan kau nodai..
kerana ia adalah hati mu....

Tuesday, December 22, 2009

hukum mengadakan cerita didalam mimpi yang tak pernah dialami..

adalah haram dan berdosa jika seseorang itu menghebahkan cerita yang tidak pernah wujud didalam mimipi...
ini adalah kerana ia boleh membwa kepada menipu..
jadi jangan lah kawan-kawan semua menganggap perkara ini adalah perkara biasa kerana ianya dianggap haram di sisi hukum-hakam...

Wednesday, December 16, 2009

 CERITA AMBO!!!!

cerita mengenai seorang budak miskin yang selalu bermain ditaman, pada setiap petang si miskin datang bermain ditaman, setiap kali dia datang ketamn dia akn bermain buaian sehingga ke senja,begitulah petangnya setiap hari selalu bermain ditaman seorang diri tampa teman.
pada suatuhari ketika si miskin datang ingan bermain buiaan yang selalu dimainnya ditaman tiba-tiba dia melihat seorang gadis yang boleh la dikatakan cantik sedang bermain buaian yang selalu dimain oleh si miskin, maka si miskin hanya duduk dari jauh sambil memerhati gadis tersebut bermain buiaan.di fikiran si miskin tersebut berlegar-legar seribu persoalan...hatinya bertanya"sepe la si gadis ni... cantik bebeno''sakat dalam hati si miskin "tak penah pulak kelihatan kat sini sebalum ni". "bila la dia nak balik erk..,'' puas si miskin memnunggu si gadis tu meninggalkan buian,di minda si miskin hanya berlega-lega kata-kata"lamanya dia main buian nih,agak-agak la sikit,ornag lain pun nak naik jugak",bisik hati si miskin.
sampai ke petang si miskin menunggau si gadis tersebut meninggalkan buaian,tapi sampai ke senja si gadis main buaian, maka pulang lah si miskin ni dengan perasaannya yang hampa sebab tak dapat main buaian.
ketika ia menuju pulang kerumah dalam perjalanan itu, bisik hati si miskin "sapalah perempuan tu ye.... dari mana dia datang". pada keesokan harinya si misakin datang seperti biasa dengan harapan dapat bermain buaian sepuas-puasnya kerana semalam tidak dapat bermain buaian,tetapi belum sempat si miskin menuju ke buaian,si gadis semalam datang dan terus bermain brmain buaian tersebut tampa rasa serba salah.si miskin menggaru kepalanya sambil memerhati gelagat si gadis tersebut bermain buaian.si miskin hanya dudukdi kerusi pandok taman sambil memerhati si gadis tersebut menghayun buaian.
sampai ke senja dia memerhati,kini tiba masanya untuk si gadis itu pulang,tampa disedari si simiskin telah mengikori si gadis dari jauh sahaja agar tidak diketahui niatnya untuk merungkai persoalan yang bermain diminda simiskin.
rupa-rupanya si gadis itu ialah orang kaya dikawan perumahan itu.si miskin pun tampa berlengah lagi pulang kerumah.pada keesokkan harinya si miskin datang awal ketamn itu dengan harapan depatlah dia bermain buaian itu dengan sepuas-puasnya.huhu nasib si miskin memang baik ari ni.. dia dapat bermain buaian yang dirindui nya..
namun tampa dia sedari si gadis telah datang kepadanya lalu berkata"hei kamu di situ bak mai buaian tu kat aku, ingat ni taman untuk orang macam kau ke ha, hei.. sedar la diri tu sikit kau tu ta layak dok kat taman ni, taman ni cantik lawa,tak sesuai untuk orang semacam kau, pi balik nuh..." sungguh rendah martabat bahasa penggunaannya, namun si miskin hanya membalas kata-kata si gadis kaya tersebut dengan pandang senyuman tawar lantas meninggalkan buaian itu dan berlalu tampa kata, si miskin membiarkan langkahnya itu menuju jalan pulang,si miskin pulang awl kerumah dan terus ke beranda rumah usangnya,sambil melempar pandangn kebukit hijau berhampiran pondok usang si miskin sesekali terdetik hatinya untuk mengatahui "apa la yang kau mahu ha.. kehadiran ku ditaman itu macam dianggap sampah dipandangan kau'', si  miskin merebahkan dirinnya di beranda dan memejamkan matanya seketika.
sejak dari peristiwa itu si miskin tidak lagi datang bermain ditamn setiap petang simiskin pergi kehutan di belakang rumahnya dan merayau-rayau didalam sana untuk menenagnkan jiwa sambil mendegar bunyi serangga hutan selang-selidengan kicauan burungamat menghiburkan hatinya,ter detik dihatinya mengatakan ''YA ALLAH besar sungguh anugerahmu pada ku!!!!'',kerana ketenangan yang dia perolehi ketika melihat keindahan alam ciptaannya lebih baik daripada taman permainan tersebut.hampir setiap minggu si miskin mengisi waktu petangnya dengan memasuki hutan.si miskin tertanya-tanyapada dirinya.''menagpa aku asyik terkenagkan si gadis taman itu ye?????",pada keesokkan harinya si miskin datang ketaman bukan lagi untuk bermain buaian,tetapi unuk melihat si gadis itu bermain di taman, sejak dari hari itu si miskin hanya ketaman untuk memerhati gadis itu bermain sahaja.mungkin jauh bagaikan api danagn panggangjika hendak berkenalan dengan gadis tersebut.apatah lagi dengan dirinya yang serba kekurangan ,bagaikan melmelihat pelangai dilangait,lihat bindah di mata namun memenag mustahiauntuk menyentuhpelangi cantik tu.tampa disedari oleh sigadis itu si miskin telah jatuh hati padanya.tetapi si miskin harus membuangnya... jauh di dalam fikiran untuk menyukainya, si  miskin cuba memberi senyuman apabila melihat sigadis itu dipandangan, namun si gadis hanya membalas senyuman si miskin dengan penuh rasa kebencian yang meluak-luak pada si miskin,ketika itu hanya wajah hampa si miskin sahaja dapat menerima kebencian yang diberikan oleh si gadiskaya itu.diam tampa kata ,mungkin itu cara terbaik pada ketika itu.si gadis menyedari bahawa simiskin itu selalu memerhatinya dari jauh namun si gadis namun si gadis tersebut menganggap bahawa kehadiran si miskin tersebut hanya sampah dalam hidupnya yang mana ia harus di singkirkan.
si miskin hanya tersenyaum di pandangan mata melihat si gadis itu tersenyum keriangan , biarpun hati si miskin sudah di robek teruk oleh lidah si gadis tersebut.si gadis tersebut tidak sedar bahawa si miskin telah lama lenyap di permukaan bumi kerana dilanggar oleh sebuah lori ketika simiskin menuju jalan pulang,kepulang simiskin kerumah nya adalah terakhir kalinya dia pulang dari taman itu,kini si gadis sedar bahawa di sudah rindu orang yang selalu berada di kerusi pondok taman itu yang dulu sering memerhatinya bermain buaian,
namun tiada muncul juga si miskin di kursi itu, yang mana kini termakbullah kata-kata si gadis tersebut yang mana ia harus disingkir kan pada hidupnya...''gembiralah kamu wahai si gadis di  taman ini, biar lah ambo balik'' itulah kata-kata terakhir si miskin kepada si gadis ter sebut.

~sekian~ c.a.a.b