Monday, February 8, 2010

pesan rasul




* Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat ke atasnya 10 kali ganda - Muslim

* Bacaan surah pada rakaat kedua lebih ringkas daripada rakaat pertama solat fardu. Umpamanya solat Subuh Nabi lebihkan rakaat pertama & pendekkan rakaat kedua - Bukhari

* Aisyah RA pernah meriwayatkan, bahawa nabi SAW sering memanjangkan bacaan2 surah dalam semua rakaat solat2 malam seperti tahajjud, taubat serta hajat.

* Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesaiberselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu.

* Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, InsyaAllah akan dipermudahkan bertemu jodoh samada lelaki atau wanita

* Meringkaskan solat berjemaah. Hadith: Apabila kamu mengimani solat berjemaah, maka mudahkanlah ia kerana ada antara makmum yang lemah, sakit dan lanjut usia - Bukhari

* Perbaharui wuduk tiap kali bersolat kerana padanya terdapat banyak fadhilat. Hadith: Sesiapa yang berwuduk dalam keadaan suci, Allah catat 10 kebaikan baginya – Abu Daud

* Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. InsyaAllah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh

* Nabi SAW sering menghadap ke kanan sedikit setelah solat berjemaah supaya makmum dapat melihat wajahnya.sebaiknya imam berzikir dan doa seketika bersama makmum.

* Sesiapa yang amal membaca 3 kali selawat setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.

* Sesiapa yang berniat mandi untuk solat jumaat kemudian pakai pakaian terbaik & wangian lalu solat jumaat, dosanya akan diampunkan hingga Jumaat berikutnya - Ahmad

* Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, InsayAllah akan kurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu

* Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari,dengan izin Allah dirinya akan dihormati dan dihargaioleh orang lain.

* Uthman bin Affan riwayatkan bahawa Nabi SAW apabila berwuduk, beliauh membasahi janggutnya – Tirmizi. Ertinya, baginda cukup menitikberatkan soal wuduk yang sempurna.

* Menurut Sayyid Ahmad Dhalan, sesiapa yang berselawatwalaupun sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.

* Nabi tidak pernah mencela makanan. Jika baginda suka, dia makan jika sebaliknya beliau tinggalkan- Bukhari. Apathalagi lagi jika makanan itu pemberian orang lain

* Nabi tidak makan sambil bersandar - Bukhari. Ertinya, baginda makan dengan condong sedikit ke hadapan bagi mengelakkan dirinya terlalu kenyang dan mudahkan penghadaman.

* Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, InsayAllah akandihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, riak dan sebagainya dalam dirinya

* Sahabat riwayatkan : Aku lihat Nabi SAW, makan dengan 3 jari ( ibu jari, telunjuk dan tengah) – Muslim. Jarang sekali beliau makan dengan 4 jari atau 5 kecuali ada keperluan

* Sesiapa yang mengamalkan berselawat 1000 kali pada malam jumaat, InsyaAllah akan beroleh kebahagiaan samada dunia mahupun akhirat

* Amalkan selawat 11 tiap kali selesai solat fardu kerana Allah akan memperindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain

* Apabila Nabi selesai makan, beliau akan menjilat jari2nya – Muslim. Menurut kajian, makanan lebih hadam keranaterdapat sejenis enzim di celahan jari yang diperlukan usus

* Minum dengan beberapa kali nafas. Nabi melarang minum sekali tegukan senafas seperti unta tetapi minumlah 2-3 tegukan kemudian disambung lagi- Tirmizi

* Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping berolah ketenangan fikiran

* sesiapa yang berselawat tidakkiralah banyak manahitungnya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua syarat ia berusaha mencari keredhaanNya

* Sewaktu menghadapi hidangan, Nabi membiasakan diri dengan mengambil makanan yang terdekat, kemudian baru diambil hidangan yang lainnya sebagai symbol kesopanan

* Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadapi kesukaran hidup

* Sesiapa berwuduk saat ingin tidur dan meminta supayaAllah berikan kebaikan dunia akhirat pasti akan dimakbulkan – Tirmizi. Sunat tidur dalam keadaan berwuduk.

* Nabi sering beristinsyaq atau menyedut air ke dalam hidung dan hembuskannya. Selain membersih, ia juga mengelakkan sebarang penyakit yang berkaiatan dengan hidung.

* Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat tiga kali tiap selesai solat Subuh, Magrib dan Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.

* Apabila nabi tidur, ia dahulukan mengiring sebelah kanan – Bukhari. Dari segi kesihatan, cara berkenaan baik untuk jantung yang berada di kiri badan mengepam darah

* Sesiapa yang mengamalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah

* Tika Nabi mula tidur, ia membaca surah Al-ikhlas, Al-Flaq dan An-Naas lalu meniup telapak tangan serta menyapu ke seluruh tubuh memohon perlindunganNya - Buhkari

* Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya.

* Wuduk dahulu jika ingin tidur sekalipun dalam keadaan junub. Nabi menyarankan, cukup dengan bersihkan kemaluan dan berwuduk tanpa perlu mandi wajib jika ingin tidur

* Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah

* Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipudaya syaitan yang melalaikan

* Silangkan kaki jika tidur di masjid. Hadith: Sahabat melihat Nabi berbaring di masjid dengan satu kakinya atas kaki yang lain kerana bimbang terdedah aurat- Bukhari

* Adalah Nabi SAW amat menyukai doa-doa yang ringkas dan mudah – Abu Dawud. Baginda mementingkan kualiti doa itu sendiri dengan sedikit maknanya yang menyeluruh

* Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat pertolongan daripada baginda SAW

* Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membacaselawat sebanyak 70 kali

* Setelah bersolat, Nabi SAW mohon ampun dan beristiqfar 3 kali – Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar sehingga 75 kali sehari

* Menutup mulut dan rendahkan suara tika bersin. Hadith: Apabila abi bersin, beliau letakkan tangan atau pakaiannya di mulut kerana di bimbangi – Abu Dawud

* Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali setiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, InsyaAllah akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang

* Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha luas rahmatnya

* Nabi tidak pernah menolak hadiah. Hadith : Nabi selalu terima hadiah dan amat menghargainya –Bukhari. Bertukar hadiah sesama Muslim boleh mengeratkan silaturrahim

* Selalu memilih yang lebih mudah. Hadith: mudahkan sesuatu dan jangan kamu sukarkannya – Muttafaq Alaih. Contohnya berbuka puasa da solat qasar atau jamak tika musafir

* Sesiapa yag sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya

* Bersujud syukur jika dapat khabar gembira. Nabi sering melakukannya ketika beroleh khabar yang menyenangkan sebagai tanda syukur hamba terhadap Allah – Abu Dawud

* Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungnya, InsyaAllah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang lain

* Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat dua rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan hajatnya.

* Beri salam hingga 3 kali sahaja. Bahawasanya Nabi apabila mendatangi rumah sahabat lalu memberi salam hingga 3 kali – Bukhari. Jika salamnya tak berjawab, beliau beredar

* Melakukan pekerjaan rumah. Hadith: Bantuan terhadap isterimu itu adalah sedekah – Ad-Dailami. Dalam riwayat lain nabi sendiri pernah menjahit pakaian dan memasak

* Menurut para ulamak, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai Solat Magrib

* Nabi seorang berpsikologi dalam memberi nasihat. Nabi memilih waktu yang sesuai untuk menasihati sahabat supaya mereka tidak bosan atau tersinggung -Bukhari

* Para ulama berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yag baik dengan senantiasa berselawat 40 hingga 100 kali sehari, diikuti dengan usaha yang berterusan

* Sabda nabi SAW: barangsiapa yang berselawat ke atasku sebanyak 100 kali pada hari jumaat, maka ia akan datangpada hari kiamat dengan keadaan bercahaya – Abu Naim

* Berdiri apabila melihat iringan jenazah. Hadith: Apabila kamu sekalian melihat jenazah yang diusung, maka berdirilah sebagai tanda penghormatan- Muttafaq Alaih

* Apabila bermusafir, nabi sarankan supaya dilantik seorang ketua mengepalai perjalanan tersebut walaupun bilangannya hanya 2 atau 3 orang agar mudah keputusan dibuat

* Sabda nabi SAW: barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syafaatku pada hari kiamat – Thabrani

sekadar renungan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

1. Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ?

2. Apa yang paling jauh dari kita di dunia ?

3. Apa yang paling besar di dunia ?

4. Apa yang paling berat di dunia ?

5. Apa yang paling ringan di dunia ?

6. Apa yang paling tajam di dunia ?
Pada suatu hari, Imam Al Ghozali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al Ghozali bertanya. Pertama,"Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?". Murid-muridnya menjawab "orang tua, guru, kawan, dan sahabatnya". Imam Ghozali menjelaskan semua jawapan itu benar.

Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "MATI". Sebab itu sememangnya janji Allah SWT bahwa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Ali Imran 185)



Lalu Imam Ghozali meneruskan pertanyaan yang kedua. "Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?". Murid -muridnya menjawab "negara Cina, bulan, matahari dan bintang-bintang". Lalu Imam Ghozali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan itu adalah benar.

Tapi yang paling benar adalah "MASA LALU". Walau dengan apa cara sekalipun kita tidak dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.



Lalu Imam Ghozali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga. "Apa yang paling besar di dunia ini?" Murid-muridnya menjawah "gunung, bumi dan matahari". Semua jawapan itu benar kata Imam Ghozali. Tapi yang paling besar daripada yang ada di dunia ini adalah "NAFSU" (Al A'Raf 179).

Maka kita harus berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.



Pertanyaan keempat adalah, "Apa yang paling berat di dunia ini?". Ada yang menjawab "besi dan gajah". Semua jawapan adalah benar, kata Imam

Ghozali, tapi yang paling berat adalah "MEMEGANG AMANAH"(Al-Ahzab 72).

Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi kalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak daripada manusia masuk ke neraka karena tidak dapat memegang amanahnya.



Pertanyaan yang kelima adalah, "Apa yang paling ringan di dunia ini?".

Ada yang menjawab "kapas, angin, debu dan daun-daunan". Semua itu benar kata Imam Ghozali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan Solat. Gara-gara pekerjaan kita meninggalkan solat, gara-gara bermesyuarat kita meninggalkan sholat. Gara-gara chatting kita meninggalkan solat.



Dan pertanyaan keenam adalah, "Apakah yang paling tajam di dunia ini.

Murid-muridnya menjawab dengan serentak, "pedang". Benar kata Imam Ghozali, tapi yang paling tajam adalah "LIDAH MANUSIA". Kerana melalui lidah, Manusia selalunya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.



~kawan yg baik ialah apabila kamu melihat
wajahnya,kamu teringatkan Allah...
mendengar percakapannya,mencambahkan ilmu agama
dan apabila melihat gerak gerinya,maka teringatkan
mati~



~renungkanlah...
Wallahua'lam..

Antara Yang Tulin Dan Palsu

Kebangkitan Islam yang kita lihat hari ini sememang mengembirakan hati kita, bahkan hati setiap yang mencinta agama ini. Di sana-sini orang bercakap mengenai Islam dan cuba mendekati setiap isu itu dari kacamata Islam. Ini tentunya sesuatu yang positif. Namun begitu, janganlah kita menganggap bercakap berhubung dengan agama sama dengan nilaian sebahagian pihak yang bersembang di kedai kopi yang bercakap tanpa memerlukan penelitian fakta. Di sini saya akan cuba membawa pembaca mendekati sumber Sirah Nabi apabila saya merasai begitu mudah sesetengah pihak termasuk para penceramah agama menyandarkan sesuatu fakta itu kepada Nabi s.a.w. tanpa memahami disiplin ilmu sirah. Ianya sesuatu yang merbahaya dan boleh memusnahkan ketulenan fakta agama.


Kata Dr. Rajih `Abd al-Hamid al-Kurdi di dalam bukunya Syi`aa`a min as-Sirah an-Nabawiyyah fi `Ahd al-Makki : "Apabila disebut as-Sirah maka ianya bermaksud menterjemahkan kehidupan Nabi. Di mana as-Sirah telah menjadi suatu ilmu yang tersendiri iaitu ilmu as-Sirah". [m.s. 13, ctk. Dar al-Furqan, Jordan]


Justeru itu as-Sirah an-Nabawiyyah adalah suatu disiplin ilmu. Sebagai ad-Din yang kewujudannya berteraskan kesahihan fakta maka Sirah Nabi s.a.w. adalah suatu disiplin ilmu yang mestilah berteras fakta yang benar dan tulen. Oleh yang demikian setiap penyataan mengenai as-Sirah an-Nabawiyyah mestilah dikenal pasti kekuatan dan kekukuhannya. Kajian terhadap sesuatu fakta sirah mesti dibuat dan diteliti secara bersungguh-sungguh.


Para penulis Sirah tidak menyaksikan sendiri segala peritiwa yang berlaku pada hayat Nabi s.a.w. Mereka yang seperti Ibn Ishak, Ibn Hisyam, at-Tabari, Ibn Kathir dan selain mereka menulis sejarah berdasarkan sumber yang sampai kepada mereka. Sumber-sumber tersebut ialah:


i. Al-Quran al-Karim


1


Al-Quran adalah rujukan tertinggi Islam. Segala perkara dan urusan dalam hidup manusia maka rujukan adalah al-Quran. Maklumatnya adalah qat`i dari segi kepastian asliannya atau disebut sebagai qat`iyyah ath-thubut. Oleh itu di dalam ta'rif al-Quran sebahagian `ulama `ulum al-


Quran atau ilmu-ilmu al-Quran memasukkan perkataan al-Manqul bi at-Tawatur iaitu sampai ke tangan kita secara mutawatir (tanpa syak tentang keasliannya). Ini bermaksud secara penuh yakin tanpa syak al-Quran yang sampai ke tangan kita tidak pernah berubah atau ditambah atau dikurangkan sama sekali. Sepertimana kandungannya pada zaman Nabi s.a.w. demikianlah ianya kandungannya pada zaman kita. Oleh di mana sahaja umat Islam hanya memiliki al-Quran yang sama. Ini berbeza dengan penganut Kristian yang memiliki gospel yang berbilang-bilang. Oleh itu sirah Nabi s.a.w. yang disentuh oleh al-Quran adalah yang paling diyakini.


Contohnya:


Al-Quran dalam surah al-Anfal ayat 30 menceritakan bagaimana orang-orang kafir merancang ingin mengambil tindakan terhadap Nabi s.a.w. :


Maksudnya: "Dan (ingatlah) ketika orang-orang kafir merancang tipu helah untuk memenjarakanmu atau membunuhmu atau mengusirmu. Mereka merancang tipu helah dan Allah juga menggagalkan tipu helah mereka. Sesungguhnya Allah sebaik-baik yang membalas tipu helah mereka"


Al-Quran di dalam Surah adh-Dhuha ayat 6 menceritakan bahawa Nabi dahulunya yatim:


Maksudnya: "Bukankah Dia mendapatimu sebagai seorang yatim lalu Dia melindungimu"


Al-Quran di dalam Surah al-Fath ayat 29 mencerita sifat Nabi s.a.w. dan para sahabah baginda:


Maksudnya: "Muhammad itu Rasulullah dan mereka yang bersama dengannya bersikap keras terhadap golongan kuffar dan berkasih- sayang sesama meraka. Kamu lihat mereka itu ruku dan sujud mencari kurniaan Allah dan redhaNya. Tanda-tanda mereka tampak pada wajah mereka dari kesan sujud"


Namun begitu seperti yang kita ketahui bahwa al-Quran tidak memperincikan dalam menyebut peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam hayat Nabi s.a.w. Al-Quran sekadar menyebut beberapa peristiwa secara umum dan dikutip pengajaran daripadanya.


2


Contohnya ayat 10 dari Surah al-Fath:


Maksudnya:


"Sesungguhnya mereka yang berbai`ah (mengikat janji setia) denganmu sebenarnya mereka berbai`ah dengan Allah. Tangan Allah di atas tangan mereka".


Jika kita hanya membaca ayat di atas tentu kita tidak dapat mendalami apakah peristiwa bai`ah yang dimaksudkan di dalam ayat di atas. Namun begitu jika kita merujuk kepada kitab-kitab tafsir sebagai contoh Tafsir al-Quran al-`Azim yang dikenali dengan Tafsir Ibn Kathir, beliau telah mengemukakan riwayat-riwayat yang sahih membuktikan peristiwa tersebut ialah Peristiwa Bai`ah ar-Ridhwan.


Sebab itu apabila kita membaca al-Quran maka kita diminta merujuk kepada tafsirnya. Ini kerana para mufassirin biasanya akan mengemukakan riwayat-riwayat yang menjelaskan maksud punca sesuatu ayat diturunkan atau disebut sebagai Asbab an-Nuzul. Kata Muhammad Muhammad Hasan Syurrab di dalam "Fi Usul Tarikh al-`Arab al-Islami: "Apabila kita mengkaji as-Sirah dari al-Quran maka kita juga merujuk kitab-kitab tafsir yang menceritakan asbab an-Nuzul dengan sanad (silsilah para perawi) yang bersambung seperti Tafsir at-Tabari serta mengkaji sanad tersebut". [ctk. Dar Al-Qalam, Syria]


Tuntutan mengkaiji sanad iaitu kaedah teras dalam mengkaji riwayat adalah demi memastikan kita tidak mengambil riwayat-riwayat yang tidak benar atau tidak sahih yang terdapat dalam buku-buku tafsir. Ini kerana kebanyakan para mufassirin (`ulama tafsir) tidak menjadikan sahih itu sebagai syarat sesuatu riwayat dimuatkan di dalam kitab mereka. Mereka menulis kitab para zaman ilmu Islam tersebar luas, para pembaca ketika itu kebanyakan adalah para ulama dan mereka dapat menilai kedudukan sesuatu riwayat yang dikemukakan. Oleh itu as-Syeikh Muhammad Husain az-Zahabi iaitu seorang pengkaji tafsir yang terkemuka membahaskan kesan pemalsuan terhadap tafsir menyebut di dalam kitabnya At-Tafsir wa al-Mufassirun: "Sepertimana berlakunya percampuran riwayat-riwayat yang sahih dengan yang tidak sahih ( di dalam kitab-kitab tafsir) menjadikan sebahagian mereka yang tidak berkemampuan membezakannya terus menerimanya. Mereka menerima dengan sebelah mata (tanpa meneliti) dan menghukum kesemuanya sebagai sahih." [m.s. 159-160. Ctk. Muallif, Mesir]


3


Apa yang dinyatakan oleh Muhammad az-Zahabi itu mestilah diberi perhatian agar kita tidak memetik sirah Rasululluh s.a.w. yang tidak tulin atau rekaan semata.


Al-Imam Ibn Kathir adalah seorang penulis tafsir yang agung dan beliau juga adalah seorang ilmuan dalam ilmu hadith. Kitabnya Al-Baith al-Hathith adalah antara yang kitab ilmu hadith yang terkemuka. Manhaj atau methodologi muhaddithin banyak mempengaruhi Ibn Kathir di dalam tulisan tafsirnya. Bahkan pengaruh kehebatan gurunya yang merupakan tokoh ilmuan Islam yang agung iaitu Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah r.a. yang menulis Muqaddimah fi Usul at-Tafsir juga banyak memandu manhaj tafsirnya. Sebab itu kita dapati beliau seringkali –sekalipun tidak semua- menilai riwayat-riwayat yang dikemukakan di dalam tafsirnya, sama ada boleh diterima atau sebaliknya dengan penilaian ulama hadith. Oleh itu membaca Tafsir Ibn Kathir adalah antara langkah yang baik dalam memahami sirah.


Contoh kritikan matan oleh Ibn Kathir terhadap riwayat yang dibawa oleh al-Imam at-Tabari: Kata Abu Ja'far bin Jarir (at-Tabari): Telah menceritakan kepadaku Muhammad bin Ismail al-Misri yang dikenali dengan al-Wisawis, kata beliau: Telah mengkhabarkan kepada kami `Abd al-Hamid bin Abi Daud daripada Ibn Juraij daripada `Ata daripada `Ubaid daripada `Umair daripada Mutalib bin Abi Wida`ah: Sesungguhnya Abu Talib berkata kepada Rasulullah s.a.w.: Apakah yang kamumu rancang terhadapmu? Sabda Nabi: "Mereka hendak memenjarakanku atau membunuhku atau mengusirku." Kata Abu Talib: "Siapa yang memberitahumu?" Sabda Nabi: "Tuhanku" Kata Abu Talib: "Ya! Tuhan, tuhanmu, berpesanlah kepadaNya kebaikan" Sabda Nabi: "Aku berpesan kepadaNya? Bahkan Dialah yang berpesan untukku" Lalu turun ayat:


Maksudnya: "Dan (ingatlah) ketika orang-orang kafir merancang tipu helah untuk memenjarakanmu atau membunuhmu atau mengusirmu. [Surah al-Anfal:ayat 30]


Kata al-Imam Ibn Kathir-dalam mengkritik riwayat di atas-"Disebut nama Abu Talib dalam riwayat tersebut adalah sesuatu yang ganjil dan munkar (di dalam istilah muhaddithin mungkar bermaksud riwayat tersebut menyanggahi riwayat yang lebih dipercayai). Ini kerana ayat ini [Surah al-Anfal ayat 30] adalah madaniyyah (diturunkan selepas hijrah), di samping kisah ini dan perhimpunan Quraish dalam merancang dan bermesyuarat untuk memenjara atau menyusir atau membunuh baginda hanya berlaku pada malam hijrah. Ini semua selepas tiga tahun kewafatan Abu Talib. (selepas itu Ibn Kathir mendatangkan riwayat lain yang mengukuhkan hujjahnya. [ruj: Tafsir al-Quran al-`Azim, jld. 2, m.s. 314, ctk. Dar al-Ma`arif, Beirut]


4


Dari contoh di atas kita dapat lihat bagaimana al-Imam Ibn Kathir mengkritik riwayat yang dibawa oleh At-Tabari dan tidak menerimanya dengan mudah. Inilah manhaj yang patut ada dalam diri penulis dan pengkaji sirah.


ii. Kitab-kitab Hadith.


Hadith-hadith itu sendiri adalah sirah Nabi s.a.w. Ianya penuh termuat di dalam kitab-kitab hadith seperti Sahih al-Bukhari, Sahih Muslim, Al-Muwata', Sahih Ibn Khizaimah, Sahih Ibn Hibban, Kitab-kitab Sunan Abi Daud, Ibn Majah, at-Tirmizi, kitab-kitab Masanid seperti Musnad Ahmad dan Abi Ya'la juga lain-lain kitab.`Peranan kita ialah memilih hadith hadith yang diterima kesabitannya di sisi muhaddithin kerana bukan semua hadith-hadith yang termuat dalam kitab-kitab tersebut sahih kecuali yang terkandung dalam Sahihain iaitu Sahih al-Bukhari dan Muslim. Namun begitu, masih ada beberapa hadith di dalam kedua-dua kitab sahih tersebut yang sepakat para ulama mengenai kelemahannya atau masih dipertikaikan. Perbahasan ini adalah sejak dahulu lagi seperti al-Imam ad-Daraqudni yang mengkritik sahih al-Bukhari dan lain-lain sehingga ke zaman kita ini. Walaupun ada para ulama yang mempertahankan seluruh riwayat-riwayat yang ada di dalamnya seperti al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani dan seumpamanya, namun masalah ini kekal sebagai masalah khilaf di kalangan ulama. Dengan itu walaupun keduanya dianggap kitab yang paling sahih selepas al-Quran, ini adalah hukuman secara umumnya, tetapi di dalamnya terdapat beberapa hadith yang para ulama sepakat tentang kedhaifannya dan beberapa hadith yang ulama berbeza pendapat mengenainya. Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah menjelaskan perkara ini berulang kali dalam majmu’ fatwanya. Namun ukuran dalam membincang masalah ini hendaklah berlegar di kalangan para ulama dan cendiakawan Islam serta jangan golongan yang jahil dan jahat mengambil kesempatan untuk menyalah faham umat dalam menjelaskan hal ini.


iii. Kitab-kitab as-sirah dan Buku- buku Sejarah


5


Sepertimana yang disebut tadi, bahawa pengumpulan hadith-hadith Nabi s.a.w. sekaligus bererti mengumpulkan sirah baginda. Namun begitu ada di kalangan para `ulama sejak dari tabi`in dan selepas mereka yang mengumpulkan riwayat hidup Nabi s.a.w. di dalam buku khas yang disebut kutub as-Sirah atau buku sirah, atau buku yang mencerita peperangan-peperangan yang disertai oleh Nabi s.a.w. yang disebut sebut sebagai kutub al-Maghazi. Ini seperti Sirah an-Nabi oleh Ibn Hisyam, Sirah ar-Rasul di dalam Tabaqat al-Kubra oleh Muhammad Ibn Sa`ad, Sirah ar-Rasul di dalam Tarikh al-Umam wa al-Muluk atau dikenali


dengan Tarikh at-Tabari, begitu dengan Sirah yang terdapat dalam Al-Bidayah wa An-Nihayah oleh Ibn Kathir dan lain-lain.


Namun adalah perlu diingatkan, bahawa riwayat-riwayat yang ada di dalam kitab-kitab Sirah ada yang sahih demikian juga ada yang lemah lagi palsu. Oleh itu para pembaca mestilah berhati-hati di dalam membuat petikan dan hujah. Seorang tokoh `ulama Al-Azhar yang masyhur, Muhammad bin Muhammad Abu Syahbah menyebut di dalam bukunya, As-Sirah an-Nabawiyyah fi Dau al-Quran wa as-Sunnah: "Suatu perkara yang wajar diketahui sesungguhnya di dalam buku-buku sirah dan maulid, ada riwayat yang sahih dan ada pula yang dhaif. Bahkan ada yang dusta dan rekaan. Demikian seperti yang di dakwa oleh sebahagian penulis-penulis Israk dan Mi'raj bahawa Nabi s.a.w memijak Arsy dengan kasutnya dan Allah berfirman: "Wahai Muhammad telah mulialah Arsy dengan kasutmu." Ini adalah perkataan (riwayat) yang batil!!!. Telah ditanya al-imam Radiy ad-Din al-Qazwaini tentang perkara tersebut, jawabnya: "..adapun hadith Nabi memijak arasy dengan kasutnya adalah tidak thabit (benar). Bahkan sampainya baginda ke kemuncak Arsy juga adalah tidak diperkukuhkan dengan dengan khabar yang sahih atau hasan bahkan tidak thabit sama sekali. Hanya yang thabit di dalam hadith ialah baginda sampai setakat Sidrat al-Muntaha sahaja."


Di samping itu Abu Syahbah juga menyebut bahawa riwayat yang menyatakan Nabi melihat usia dunia berusia 7000 tahun adalah Israiliyat dan dusta, tidak kaitan dengan Islam. [jld. 1, m.s. 14, ctk. Dar al-Qalam, Syria]


Bahkan adalah memalukan umat Islam apabila golongan non-muslim atau para saintis mengetahui orang mempercayai bahawa dunia ini hanya berusia 7000 tahun pada zaman Nabi s.a.w. dan sekarang tentunya tidak lebih dari 8500 tahun usia dunia. Sedangkan kajian telah membuktikan umur dunia jutaan tahun mengatasi tempoh tersebut. Riwayat itu palsu dari segi sanadnya dan khurafat inti kandungannya.


6


Mungkin juga kita bertanya, mengapakah boleh wujudnya riwayat yang tidak benar di dalam buku-buku Sirah?. Sebenarnya , masalah ini berkaitan dengan metodologi atau manhaj yang diambil oleh para penulis sirah. Para penulis sirah mementingkan jalan cerita dan kesinambungannya. Mereka tidak mahu adanya episod-episod yang terputus. Mereka tidak mahu adanya babak-babak yang dikosongkan. Ini akan berlaku jika mereka menuruti disiplin ulama' hadith lantas buku-buku mereka menjadi tidak menarik dan terputus-putus. Justeru itu mereka memudah-mudahkan dan mengharapkan para pembaca menilainya. Kata as-Syeikh Hammam Sa`id di dalam Muqaddimah kepada Sahih as-Sirah-An-Nabawiyyah yang ditulis oleh


Ibrahim al-`Ali: "Para ahli sejarah dan penulis sirah telah tasahul (memudah-mudahkan) di dalam periwayatkan. Mereka menyebut di dalam kitab-kitab mereka khabar-khabar yang terputus sanadnya (munqati`ah) kerana ingin menjaga disudut kesinambungan gambaran sejarah yang berkait dengan peristiwa-peristiwa. Sementara para `ulama hadith (muhaddithin) berpandukan metodologi kritis (manhaj an-Naqdi) yang membezakan antara riwayat-riwayat yang sahih dengan yang selainnya. Sekalipun membawa kepada terputusnya gambaran sejarah atau penerimaan episod-episod secara tidak lengkap. [m.s. 7 dar an-Nafais, Jordan]


Persoalan yang timbul pula, wajarkah kita menerima riwayat-riwayat yang tidak kukuh ini?. Jawapan telah pun diberikan oleh seorang tokoh ulama besar dari Benua India iaitu As-Sayyid Sulaiman an-Nadwi di dalam bukunya Ar-Risalah al-Muhammadiyyah, katanya: "Sesungguhnya sirah yang berhak diikuti oleh manusia sebagai contoh yang baik dan teladan yang tinggi disyaratkan terlebih dahulu mestilah bersifat tarikhiyyah (sejarah). Adapun sirah yang tertegak diatas dongengan dan cerita-cerita khurafat yang tidak disokong oleh riwayat-riwayat yang dipercayai kesahihannya, adalah menjadi tabiat insan tidak akan terpengaruh dengan apa yag diceritakan kepadanya tentang sirah peribadi yang direka sedangkan sejarah tidak pernah mengenalinya" [m.s. 41, ctk. dar as-Sa`udiyyah, Saudi]


Hendak tokoh-tokoh agama yang berceramah atau menulis memastikan mereka benar-benar memetik sirah bukan kisah yang diketahui asal-usul atau dari mana munculnya. Tugasan para penulis sirah ialah menghimpun sementara tugas kita adalah mengkaji dan menilai. Mereka menulis untuk golongan ulama yang mampu menilai tetapi malangnya ramai golongan miskin metodologi atau manhaj ilmu. Oleh itu kita dapati ramai para ustaz atau golongan yang memberi ceramah agama membawa kisah-kisah yang tidak benar mengenai Rasulullah s.a.w. Kejahilan mereka menjadikan merekan mencemarkan keindahan sirah. Orang terpengaruh dan terbawa-bawa dengan sirah yang tidak benar bahkan melucukan akhirnya Islam dipersendakan.